Faktor-faktor anda perlu tukar botol susu
1. Kesan calar - Kalau dah dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tue. So,once dah ada calar, means ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Dah nama sabun, tak banyak, sikit mesti ada chemical content. Walaupun guna yang organik, yang takde PARABEN still lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure! Tukar aje lah. Lagi satu, hati² dengan sabun pencuci botol yang korang guna. Dulu aku guna Pureen, tapi bila aku tau pasal Paraben (sila google ye, aku malas nak explain or later aku explain ;p) aku stop. Gunalah bottle cleanser yang organik yer uolls.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process. Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sket effect dia. Logiknya, kalau korang kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tue. Oh lagi satu, botol kalau kita angkut bawak gi jalan² kan, pastu kena panas, pun ada reaction jugak eh. Samalah macam korang pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas!
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala² kekuningan ke, kelabu asap ke, bawak² lah beli baru yer. Lagi satu, kalau botol dah berbau pun wajib lah tukar kot. Bau tue je dah kasi signal yang botol tu dah tak elok.
No comments:
Post a Comment