Monday, July 25, 2016

7 Tips penjagaan Botol Susu Yang Betul

Saya akan ringkaskan pada 7 tips yang mudah seperti berikut. InsyaAllah botol susu anak kita akan lebih tahan lama dan paling penting bebas kuman?
1- Sebelum mensteril, botol-botol dan puting harus dibersihkan yang dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting, gegelang dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.
2- Sebaiknya cuci botol secepat mungkin selepas digunakan. Jangan biar semalaman atau lebih 12 jam untuk elak puting botol berkerak dan berbau. Peram lama-lama juga akan membuatkan proses mencuci jadi lebih rumit. So far saya tak pernah biar botol tak bercuci lebih 12 jam, Alhamdullilah kerak memang takde. Kesan yellowish pun sangat minimal, puting nampak masih baru walau dah lama guna.
3- Gunakan air yang panas dan bersabun dengan berus yang khusus untuk botol dan puting botol.
4- Cuci puting botol dengan teliti dan pastikan semua ketulan susu tanggal. Kalau bab ni tak lepas sia-sia sahaja proses pensterilan. Bilas dengan bersih selepas mencuci dan masukkan dalam steriliser.
5- Step seterusnya sterilise botol susu. Boleh gunakan steriliser electric. Atau jika tiada gunakan sahaja teknik merebus. Sebelum menggunakan teknik merebus, pastikan botol susu sesuai untuk kaedah ini  kerana terdapat beberapa botol susu yang tidak sesuai direbus kerana plastik mudah rosak dan mengecut. Gunakan periuk besar dan bertutup, isi air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Rebus dalam masa tidak kurang 10 minit.
6- Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan yang sudah merekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup maupun walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.
7- Lastly, pastikan botol- botol yang telah disteril tidak ditinggalkan di luar terlalu lama kerana keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Sebaiknya biarkan sahaja botol tadi berada di dalam steriliser dan ditutup. Hanya buka penutup apabila perlu digunakan.

2 comments:

  1. Tengah cari cara penjagaan botol susu babyy. Tq atas tips berguna ni 💓

    Jemput ke blog sy
    ninafarhanawm.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kalau tudung botol susu dah mengecut akibat teknik ini,apakah cara untuk kembangkan semula tudung botol tersebut? tolong saya

    ReplyDelete