Tahukah anda bahawa bahan yang dibuat dari plastik seperti botol plastik, tidak semuanya selamat digunakan. Tentunya kita tidak tahu plastik mana yang selamat dan yang tidak selamat untuk digunakan. Namun telah ditetapkan secara antarabangsa menggunakan kod dan simbol yang sama. Tahap selamat dari setiap bahan plastik dinyatakan dalam kod atau simbol yang biasanya terdapat atau dicantumkan pada bahan plastik tersebut. Kod ini dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan diselaraskan oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization).
Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:
1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga
Tanda pengenalan plastik itu dibahagi kepada 7 jenis. Tanda-tanda plastik tersebut adalah:
JENIS PERTAMA:
Tanda ini biasanya tertera logo segitigadengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih(transparent) seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. BOTOL JENIS PET/PETE ini HANYA SEKALI PAKAI. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air suam ataupun panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik (dapat menyebabkan kanser) dalam jangka panjang.
JENIS KE 2:
Umumnya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo tigasegi dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu,tupperware, kerusi lipat, dan lain-lain. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga hanya untuk sekali pemakaian kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat.
JENIS KE 3:
Tertera logo tigasegi (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V. V itu berartiPVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling susah dikitar semula. Plastik ini boleh dilihat pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang dibuat dari polietilena atau bahan semulajadi(daun pisang misalnya).
JENIS KE 4:
Tertera logo tigasegi dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) iaitu plastik jenis coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak), biasa digunakan untuk bekas makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembik.
Sifat jenis plastik LDPE adalah kuat; agak tembus cahaya; fleksibel dan permukaan agak berlemak; pada suhu di bawah 60oC sangat resisten terhadap kimia; daya perlindungan terhadap wap air yang baik; kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen; plastik ini boleh dikitar semula, baik untuk barang-barang yang memerlukan kelenturan tetapi kuat, dan memiliki resistensi yang baik terhadap reaksi kimia.
Barang berbahan LDPE ini susah dihancurkan, tetapi tetap baik untuk bekas makanan kerana sukar bereaksi secara kimia dengan makanan yang disimpan dengan bahan ini.
JENIS KE 5:
Tertera logo tigasegi dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk bekas makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minum untuk bayi. Carilah dengan kod angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman.
JENIS KE 6:
Tertera logo tigasegi dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. PS (polystyrene) ditemukan tahun 1839, oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minuman sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga boleh diperolehi dari asap rokok dan asap kenderaan. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita dan pertumbuhan dan sistem saraf dan bahan ini juga susah dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. jika dikitar semula Bahan ini dapat dikenali dengan kod angka 6, namun bila tidak tertera kod angka tersebut pada barangan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga, dan meninggalkan jelaga.
JENIS KE 7:
Tertera logo tigasegi dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu :
1. SAN – styrene acrylonitrile,
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,
3. PC – polycarbonate; dan
4. Nylon.
Biasa digunakan sebagai bekas makanan dan minuman seperti botol minum ahli sukan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan berus gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.
Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat.
Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
No comments:
Post a Comment