Tuesday, July 26, 2016

Offer!! Offer!!






Baby dah mula makan... kami ada menjual Baby Bullet... untuk penyediaan makanan baby 6 bulan ke atas..... mai... pakat beli......



Kelebihan Botol Avent

avent website

Kami Juga Ada Jual Barang keperluan Baby







BABYKLY HIPSEAT CARRIER
RM100 ONLY! !!
DETAILS
Material: OXFORD Cloth + woolen mesh Cotton+3D net
Weight::3-20kgs
Ages:5month-36months



Botol Susu Brand NUK

Mai... Maii..... cantik botol ni ...
Nak Bagi Harga Kasih Sayang
Bottle Nuk 10oz
Harga : RM35/ Bottle

Postage RM7/sm RM10ss


klik NUK Website

Monday, July 25, 2016

Faktor-faktor anda perlu tukar botol susu

1. Kesan calar - Kalau dah dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tue. So,once dah ada calar, means ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Dah nama sabun, tak banyak, sikit mesti ada chemical content. Walaupun guna yang organik, yang takde PARABEN still lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure! Tukar aje lah. Lagi satu, hati² dengan sabun pencuci botol yang korang guna. Dulu aku guna Pureen, tapi bila aku tau pasal Paraben (sila google ye, aku malas nak explain or later aku explain ;p) aku stop. Gunalah bottle cleanser yang organik yer uolls.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process. Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sket effect dia. Logiknya, kalau korang kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tue. Oh lagi satu, botol kalau kita angkut bawak gi jalan² kan, pastu kena panas, pun ada reaction jugak eh. Samalah macam korang pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas!
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala² kekuningan ke, kelabu asap ke, bawak² lah beli baru yer. Lagi satu, kalau botol dah berbau pun wajib lah tukar kot. Bau tue je dah kasi signal yang botol tu dah tak elok. 

Promosi Botol susu Avent dan Tommie Tippee






Anda Wajib tahu!!!

Bagaimanakah untuk menyediakan susu formula?

Untuk menyediakan susu botol serbuk formula, ikutlah arahan atas bungkusan dengan rapi. Begini caranya:
  • Jerang air paip dan biarkan sejuk tidak lebih dari setengah jam.
  • Tuangkan jumlah air yang dikehendaki ke dalam botol.
  • Tambahkan jumlah skup yang sesuai menggunakan skup yang dibekalkan, dan pisau yang bersih untuk meratakan sukatan di skup.
  • Lekatkan puting dan tutup botol dan goncang kuat sehingga semua serbuk sudah larut.
  • Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Bacalah artikel kami tentang bagaimana caranya menyediakan susu botol untuk maklumat lanjut. 

Bagaimanakah saya memastikan bayi saya menghisap dengan selesa?

Apabila anda memberi bayi makan, tonggengkan botol sedikit supaya hujung puting itu sentiasa dipenuhi susu, bukan udara. Anda akan memerhatikan buih dalam botol semasa anak anda menyusu. Dia mungkin menghisap kuat untuk beberapa ketika, kemudian berhenti rehat sebelum menghisap semula. Masa rehat antara penghisapan memberikannya masa untuk menentukan samada dia sudah cukup kenyang atau tidak. 

Jika anda mendengar banyak bunyi-bunyi menghisap yang kuat semasa bayi menyusu, dia mungkin terlalu banyak menelan udara. Untuk membantu bayi menghisap udara secara minima, pegang dia secara menegakkan sedikit. Berhati-hatilah menonggengkan botol supaya puting dan leher sentiasa dipenuhi formula. 

Berapa kerapkah saya harus menyusukan bayi saya?

Selera bayi anda akan berbeza dari hari ke hari dan bulan ke bulan, jadi biarlah dia menentukan kekerapan ini. Bayi anda akan menyusu sekerap yang diperlukannya, selagi anda belajar untuk memerhati kiu-kiunya dan memberi respon. 

Jika bayi anda baru lahir dia perlu menyusu sedikit-sedikit dan kerap, jadi, berikan dia susu setiap dua atau tiga jam. Biarkan dia menyusu seberapa lama dia mahu. Jika dia tidak mahu menyusu lagi, jangan paksa dia untuk minum lebih. Apabila bayi anda membesar dia akan mampu mengambil susu yang lebih banyak dan boleh tahan tidak menyusu bagi jarak yang lebih panjang. 

Sebagai pandaun umum, bayi anda akan meminta antara 150ml dan 200 ml formula bagi setiap kilogram berat badannya. Jadi, jika berat bayi anda 3 kg, dia akan memerlukan antara 450ml hingga 600ml formula dalam tempoh masa 24 jam untuk memuaskan kelaparannya. 

Bacalah dengan lebih lanjut banyak mana formula yang diperlukan bayi anda. 

Bagaimanakan bagi saya memanaskan sebotol susu dengan selamat?

Jika anda menggunakan susu badan yang diperah, anda boleh memanaskan botoldalam periuk atau mangkuk yang dipenuhi air panas. Biarkan dia rendam tidak lebih dari 15 minit. Anda juga boleh membeli pemanas botol elektrik, yang mengambil masa sebanyak empat atau enam minit untuk memanaskan botol ke suhu yang sesuai untuk bayi anda. 

Adalah baik untuk tidak menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan botol yang mengandungi susu ibuatau susu formula yang sudah disediakan. 
Ketuhar gelombang mikro memanaskan secara tidak rata, jadi ia mungkin menghasilkan saku-saku panas yang boleh melecurkan mulut bayi. 

Bolehkah saya menyediakan botol dan menyimpannya dalam peti ais untuk digunakan kemudian masa?

Adalah baik untuk menyediakan botol formula yang segar setiap masa bayi anda mahu menyusu. Susu tepung tidak steril, dan bakteria boleh hidup dalam susu walaupun anda menggunakan air steril untuk membancuhkannya. Walaupun anda menyimpan susu formula dalam peti ais, bakteria boleh membiak dalam beberapa jam sahaja. 

Namun begitu, mungkin ada masanya anda tiada pilihan selain menyediakan susu untuk digunakan kemudian. Ini juga satu kemungkinan jika anda mempunyai anak kembar, atau anda keluar untuk membeli belah dan tidak mahu menyediakan susu botol di tempat yang terapat banyak bakteria berterbangan. 

Jadi, untuk masa-masa anda merasa anda perlu melakukannya, sediakanlah satu botol susu bayi terlebih dahulu. Lakukan ini secara yang paling selamat yang mungkin dengan menyimpankan susu itu dalam peti ais atau beg sejuk sebaik saja anda selesai menyediakannya. Pastikan anda menggunakan formula itu dalam masa empat jam jika ia disimpan dalam beg sejuk atau 12 jam jika disimpan dalam peti ais. 


http://www.babycenter.com.my/a1044961/maklumat-asas-tentang-penyusuan-botol#ixzz4FTYSi4dS

Cara pilih botol susu bayi

Tahukah anda bahawa bahan yang dibuat dari plastik seperti botol plastik, tidak semuanya selamat digunakan. Tentunya kita tidak tahu plastik mana yang selamat dan yang tidak selamat untuk digunakan. Namun telah ditetapkan secara antarabangsa menggunakan kod dan simbol yang sama. Tahap selamat dari setiap bahan plastik dinyatakan dalam kod atau simbol yang biasanya terdapat atau dicantumkan pada bahan plastik tersebut. Kod ini dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan diselaraskan oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization).

Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah

2. Berbentuk segitiga

3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka

4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga

Tanda pengenalan plastik itu dibahagi kepada 7 jenis. Tanda-tanda plastik tersebut adalah:

JENIS PERTAMA:
[1.1.gif]

Tanda ini biasanya tertera logo segitigadengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih(transparent) seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. BOTOL JENIS PET/PETE ini HANYA SEKALI PAKAI. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air suam ataupun panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik (dapat menyebabkan kanser) dalam jangka panjang.

JENIS KE 2:
[2.gif]

Umumnya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo tigasegi dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu,tupperware, kerusi lipat, dan lain-lain. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga hanya untuk sekali pemakaian kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat.

JENIS KE 3:

[3.gif]

Tertera logo tigasegi (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V. V itu berartiPVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling susah dikitar semula. Plastik ini boleh dilihat pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang dibuat dari polietilena atau bahan semulajadi(daun pisang misalnya).

JENIS KE 4:

[4.gif]

Tertera logo tigasegi dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) iaitu plastik jenis coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak), biasa digunakan untuk bekas makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembik.

Sifat jenis plastik LDPE adalah kuat; agak tembus cahaya; fleksibel dan permukaan agak berlemak; pada suhu di bawah 60oC sangat resisten terhadap kimia; daya perlindungan terhadap wap air yang baik; kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen; plastik ini boleh dikitar semula, baik untuk barang-barang yang memerlukan kelenturan tetapi kuat, dan memiliki resistensi yang baik terhadap reaksi kimia.

Barang berbahan LDPE ini susah dihancurkan, tetapi tetap baik untuk bekas makanan kerana sukar bereaksi secara kimia dengan makanan yang disimpan dengan bahan ini.

JENIS KE 5:
[5.gif]

Tertera logo tigasegi dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk bekas makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan terpenting botol minum untuk bayi. Carilah dengan kod angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman.

JENIS KE 6:

[6.gif]

Tertera logo tigasegi dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. PS (polystyrene) ditemukan tahun 1839, oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa dipakai sebagai bahan bekas makanan styrofoam, bekas minuman sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga boleh diperolehi dari asap rokok dan asap kenderaan. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita dan pertumbuhan dan sistem saraf dan bahan ini juga susah dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. jika dikitar semula Bahan ini dapat dikenali dengan kod angka 6, namun bila tidak tertera kod angka tersebut pada barangan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga, dan meninggalkan jelaga.

JENIS KE 7:

[7.gif]

Tertera logo tigasegi dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu :

1. SAN – styrene acrylonitrile,

2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,

3. PC – polycarbonate; dan

4. Nylon.

Biasa digunakan sebagai bekas makanan dan minuman seperti botol minum ahli sukan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan berus gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.

Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat.

Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

7 Tips penjagaan Botol Susu Yang Betul

Saya akan ringkaskan pada 7 tips yang mudah seperti berikut. InsyaAllah botol susu anak kita akan lebih tahan lama dan paling penting bebas kuman?
1- Sebelum mensteril, botol-botol dan puting harus dibersihkan yang dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting, gegelang dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.
2- Sebaiknya cuci botol secepat mungkin selepas digunakan. Jangan biar semalaman atau lebih 12 jam untuk elak puting botol berkerak dan berbau. Peram lama-lama juga akan membuatkan proses mencuci jadi lebih rumit. So far saya tak pernah biar botol tak bercuci lebih 12 jam, Alhamdullilah kerak memang takde. Kesan yellowish pun sangat minimal, puting nampak masih baru walau dah lama guna.
3- Gunakan air yang panas dan bersabun dengan berus yang khusus untuk botol dan puting botol.
4- Cuci puting botol dengan teliti dan pastikan semua ketulan susu tanggal. Kalau bab ni tak lepas sia-sia sahaja proses pensterilan. Bilas dengan bersih selepas mencuci dan masukkan dalam steriliser.
5- Step seterusnya sterilise botol susu. Boleh gunakan steriliser electric. Atau jika tiada gunakan sahaja teknik merebus. Sebelum menggunakan teknik merebus, pastikan botol susu sesuai untuk kaedah ini  kerana terdapat beberapa botol susu yang tidak sesuai direbus kerana plastik mudah rosak dan mengecut. Gunakan periuk besar dan bertutup, isi air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Rebus dalam masa tidak kurang 10 minit.
6- Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan yang sudah merekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup maupun walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.
7- Lastly, pastikan botol- botol yang telah disteril tidak ditinggalkan di luar terlalu lama kerana keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Sebaiknya biarkan sahaja botol tadi berada di dalam steriliser dan ditutup. Hanya buka penutup apabila perlu digunakan.

Pemilik Blog Ini




Nama saya Hartieka Binti Sahar no matrik 241067 pelajar Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur